Thursday 8 January 2015

Bantuan Kemanusiaan Mangsa banjir di Kelantan

        Negara kita baru-baru ini telah dilanda bencana alam iaitu banjir, Terdapat beberapa negeri yang telah dilanda banjir adalah seperti Negeri Kelantan, Negeri Pahang, Negeri Terengganu dan Negeri Johor juga tidak terkecuali.

       Oleh itu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir tersebut,  Jabatan Imigresen Johor dengan kerjasama KPISM Johor, PUSPANITA dan KKSIJ telah melancarkan bantuan bencana khas bagi membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan yang dikenal pasti.


        Oleh itu pejabat imigresen cawangan batu pahat tidak ketinggalan bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan mangsa banjir tersebut. Sumbangan telah diberikan oleh kakitangan Pejabat Imigresen Batu Pahat dalam bentuk wang dan barang-barang keperluan turut di dermakan. Diharap dengan sumbangan yang tidak seberapa dari kami dapat membantu serba sedikit kepada mangsa-mangsa tersebut.

     


No comments:

Post a Comment