Sekiranya anda berhasrat untuk melancong ke luar negara, anda perlu merancang perjalanan anda dengan teliti supaya perjalanan anda berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Antara aspek yang perlu diambil perhatian adalah seperti:
1) Senarai Blacklist,Tempoh sah laku Pasport Antarabangsa anda dan Visa pelancong.
Sebelum anda keluar negara pastikan anda nama anda tidak tersenarai dalam senarai hitam oleh mana-mana agensi dari menghalang anda ke luar negara. Kebanyakkan negara telah menggariskan supaya pelancong asing yang ingin melancong atau melawat negara mereka harus mempunyai sekurang-kurangnya tempoh 6 bulan sah laku pasport. Oleh itu, pastikan tempoh sah laku pasport anda mencukupi sebelum menempah tiket penerbangan anda. Anda dikehendaki memohon visa bagi negara-negara yang mengenakan visa kepada pelawat warganegara Malaysia. Visa boleh dipohon dengan mengunjungi Kedutaan Besar negara yang ingin anda kunjungi di Malaysia.
(gambar hiasan)
2) Arah tuju tempat yang ingin anda lawati atau melancong.
Pihak imigresen selalunya akan meminta anda menjawab soalan seperti tempat yang hendak anda tuju (alamat tempat yang dituju), bukti tempat penginapan anda sepanjang tempoh percutian anda seperti tempahan hotel dsb. Anda disarankan untuk mencari maklumat tentang negara yang ingin anda lawati. Anda juga disarankan menyimpan salinan tiket penerbangan pulang anda ke Malaysia bagi mengukuhkan anda sebagai pelancong tulen. Pastikan anda mengisi kad mendarat imigresen bagi negara yang memerlukan anda untuk mengemukakan butir-butir anda bagi memudahkan urusan di kaunter imigresen kelak.
(gambar hiasan)
3) Salinan dokumen perjalanan anda.
Dalam situasi kecemasan seperti pasport anda hilang/cicir, anda disarankan membuat salinan Pasport anda dan ditempatkan secara berasingan bagi memudahkan dan melancarkan urusan pasport anda yang hilang. Medium seperti e-mail juga adalah cara yang berkesan dalam menyimpan segala salinan dokumen penting anda dengan menghantar salinan dokumen penting anda ke dalam peti email anda. Oleh itu, anda hanya perlu mencetak semula dokumen anda dengan memuat turun semula dari peti email anda. Setelah itu, anda perlu ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi (kedutaan besar) kami di negara yang anda lawati untuk proses dokumen perjalanan anda.
4) Bawa barang perlu sahaja.
Pastikan barang yang ingin anda bawa adalah barang yang tidak melanggari sebarang peraturan/undang-undang sesebuah negara bagi mengelakkan anda dikenakan sebarang denda / penalti. Ingat! jenayah bagi pesalah penyeludupan DADAH akan dikenakan hukuman berat. Sebarang ubat untuk keperluan anda bagi kes-kes penyakit yang memerlukan anda terpaksa membawa ubat, anda perlu meminta surat dari doktor anda bagi menyatakan tentang ubat yang anda bawa dan jenis penyakit anda.
(gambar hiasan)
5) Keselamatan anda
Membawa wang yang banyak semasa melancong adalah berisiko, justeru anda perlu menyimpan wang anda ditempat yang selamat dan secara berasingan. Penyertaan dalam sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh rakyat tempatan adalah dilarang sama sekali. Sila patuh dan mengikut undang-undang dan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh negara yang anda lawati. Pastikan anda melancong ke negara yang mempunyai risiko yang rendah dan selamat untuk di lawati bagi menjamin keselamatan anda.
(gambar hiasan)
semoga percutian anda menjadi percutian yang bermakna kepada anda, SELAMAT BERCUTI..
'BON VOYAGE'..