Friday, 27 December 2013

PENUKARAN WAKTU BEKERJA PEJABAT IMIGRESEN BATU PAHAT

 Berdasarkan Pekeliling Am Kerajaan Johor Bilangan 3 Tahun 2013, waktu bekerja bagi agensi kerajaan di Negeri Johor telah di ubah kepada waktu bekerja yang baru, berikut merupakan waktu bekerja baru bagi Pejabat Imigresen Batu Pahat :-



Hari Ahad hingga Rabu       : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang


Hari Khamis                         : 8.00 pagi sehingga 3.30 petang


Waktu rehat                           : 1.00 petang sehingga 2.00 petang


Tarikh berkuatkuasa adalah mulai 01/01/2014, segala urusan adalah berdasarkan waktu bertugas yang telah di nyatakan diatas. Sekian Harap Maklum.






Sunday, 9 June 2013

PROSES NAIK TARAF SISTEM PERMOHONAN PASPORT JENIS POLYCARBONATE

          





        Pejabat Imigresen Malaysia yang mengeluarkan pasport antarabangsa malaysia di seluruh negara, sedang mengalami tempoh percubaan Sistem Pemprosesan Pasport Baru jenis Polycarbonate. Oleh itu, gangguan teknikal terhadap sistem adalah amat dikesali. Pejabat Imigresen Batu Pahat juga tidak terkecuali menghadapi situasi ini. Justeru, Pejabat Imigresen Batu Pahat menasihatkan kepada anda yang ingin memohon Pasport Antarabangsa adalah tidak membuat permohonan pada saat-saat akhir perjalanan anda. Ini kerana gangguan sistem yang tidak dijangka akan melambatkan proses pengeluaran permohonan pasport anda. Sila rancang perjalanan anda seawal yang mungkin bagi memudahkan anda kelak. Segala kesulitan yang anda hadapi amat kami kesali. Terima kasih. 

Tuesday, 14 May 2013

Tips sebelum melancong ke luar negara.

  Sekiranya anda berhasrat untuk melancong ke luar negara, anda perlu merancang perjalanan anda dengan teliti supaya perjalanan anda berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Antara aspek yang perlu diambil perhatian adalah seperti:


1) Senarai Blacklist,Tempoh sah laku Pasport Antarabangsa anda dan Visa pelancong.

    Sebelum anda keluar negara pastikan anda nama anda tidak tersenarai dalam senarai hitam oleh mana-mana agensi dari menghalang anda ke luar negara. Kebanyakkan negara telah menggariskan supaya pelancong asing yang ingin melancong atau melawat negara mereka harus mempunyai sekurang-kurangnya tempoh 6 bulan sah laku pasport. Oleh itu, pastikan tempoh sah laku pasport anda mencukupi sebelum menempah tiket penerbangan anda. Anda dikehendaki memohon visa bagi negara-negara yang mengenakan visa kepada pelawat warganegara Malaysia. Visa boleh dipohon dengan mengunjungi Kedutaan Besar negara yang ingin anda kunjungi di Malaysia.

                                          (gambar hiasan)

2) Arah tuju tempat yang ingin anda lawati atau melancong.

   Pihak imigresen selalunya akan meminta anda menjawab soalan seperti tempat yang hendak anda tuju (alamat tempat yang dituju),  bukti tempat penginapan anda sepanjang tempoh percutian anda seperti tempahan hotel dsb. Anda disarankan untuk mencari maklumat tentang negara yang ingin anda lawati. Anda juga disarankan menyimpan salinan tiket penerbangan pulang anda ke Malaysia bagi mengukuhkan anda sebagai pelancong tulen. Pastikan anda mengisi kad mendarat imigresen bagi negara yang memerlukan anda untuk mengemukakan butir-butir anda bagi memudahkan urusan di kaunter imigresen kelak.

                      (gambar hiasan)


3) Salinan dokumen perjalanan anda.

   Dalam situasi kecemasan seperti pasport anda hilang/cicir, anda disarankan membuat salinan Pasport anda dan ditempatkan secara berasingan bagi memudahkan dan melancarkan urusan pasport anda yang hilang. Medium seperti e-mail juga adalah cara yang berkesan dalam menyimpan segala salinan dokumen penting anda dengan menghantar salinan dokumen penting anda ke dalam peti email anda. Oleh itu, anda hanya perlu mencetak semula dokumen anda dengan memuat turun semula dari peti email anda. Setelah itu, anda perlu ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi (kedutaan besar) kami di negara yang anda lawati untuk proses dokumen perjalanan anda.


4) Bawa barang perlu sahaja.

     Pastikan barang yang ingin anda bawa adalah barang yang tidak melanggari sebarang peraturan/undang-undang sesebuah negara bagi mengelakkan anda dikenakan sebarang denda / penalti. Ingat! jenayah bagi pesalah penyeludupan DADAH akan dikenakan hukuman berat. Sebarang ubat untuk keperluan anda bagi kes-kes penyakit yang memerlukan anda terpaksa membawa ubat, anda perlu meminta surat dari doktor anda bagi menyatakan tentang ubat yang anda bawa dan jenis penyakit anda.

                                                    (gambar hiasan)

5) Keselamatan anda

     Membawa wang yang banyak semasa melancong adalah berisiko, justeru anda perlu menyimpan wang anda ditempat yang selamat dan secara berasingan. Penyertaan dalam sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh rakyat tempatan adalah dilarang sama sekali. Sila patuh dan mengikut undang-undang dan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh negara yang anda lawati. Pastikan anda melancong ke negara yang mempunyai risiko yang rendah dan selamat untuk di lawati bagi menjamin keselamatan anda.

                                                        (gambar hiasan)

semoga percutian anda menjadi percutian yang bermakna kepada anda, SELAMAT BERCUTI..
'BON VOYAGE'..

 

Pengeluaran Pasport Malaysia baru jenis Polycarbonate.

   Mulai 29/4/2013,Pejabat Imigresen Batu Pahat telah mengeluarkan pasport Malaysia versi baru (Polycarbonate).Oleh itu,pemohon juga dikehendaki membawa gambar berlatar belakang bewarna putih (tidak lagi berlatar biru), Bagi pemohon yang ragu-ragu dengan spesifikasi gambar yang dikehendaki, Pejabat kami juga ada menyediakan perkhidmatan kiosk photo di ruang menunggu pelanggan.

Berikut merupakan contoh spesifikasi gambar latar putih bagi pasport versi Polycarbonate:



Tuesday, 9 April 2013

Program Penanaman 1 Juta Pokok Pejabat Imigresen Batu Pahat






        Pada 28.03.2013,Pejabat Imigresen telah melaksanakan aktiviti "Program Penanaman 1 Juta Pokok" yang berlangsung di Batu Pahat Mall & Kilang Munchy's.Program ini telah disertai oleh pegawai imigresen dan juga warga kerja Batu Pahat Mall & Munchy's.Justeru, selain dapat menghijaukan bumi,program ini juga malah dapat mengeratkan silaturahim antara warga imigresen dan juga warga kerja dari agensi swasta.
      
                                       
                      Acara simbolik penanaman pokok di Batu Pahat Mall.

                 Acara simbolik penanaman pokok di Kilang Munchy's

          Acara simbolik ini juga disempurnakan oleh Ketua Pejabat Imigresen Batu Pahat,dan juga Pengurus-pengurus dari Batu Pahat Mall & Munchy's.




Friday, 15 March 2013

Senarai Semak Permohonan Permit Masuk Di Pejabat Imigresen Batu Pahat



PERMOHONAN PERMIT MASUK
Dokumen-dokumen ASAL BERIKUT SERTA SALINAN FOTOSTAT perlu dikemukakan bersama-sama semasa mengemukakan borang permohonan:-
A)      DOKUMEN PEMOHON

1.      Sijil Kelahiran
2.      Kad Pengenalan
3.      Sijil Kerakyatan
4.      Pasport/Dokumen Perjalanan Lama dan Baru 
      (Dari mula berkahwin hingga sekarang)
5.      Sijil Nikah/Daftar Perkahwinan
6.      Gambar Perkahwinan
7.      Gambar Keluarga
8.      3 keping gambar terbaru pemohon ukuran pasport 
      (latarbelakang biru)
9.      Surat bukti penceraian dengan suami / isteri sebelumnya 
      (jika berkenaan)

B)      DOKUMEN ADIK BERADIK / ANAK-ANAK

1.      Sijil Kelahiran
2.      Kad Pengenalan
3.      Pasport / Dokumen Perjalanan

C)      DOKUMEN PENAJA

1.      Sijil Kelahiran
2.      Kad Pengenalan
3.      Sijil Kerakyatan (jika ada)
4.      Pasport / Dokumen Perjalanan Lama dan Baru
5.      1 keping gambar terbaru ukuran pasport 
      (latarbelakang biru)
6.      Surat bukti penceraian dengan suami / isteri sebelumnya 
      (jika berkenaan)

D)      MAKLUMAT-MAKLUMAT TAMBAHAN

1.      Surat akuan sumpah perkahwinan masih wujud
2.      Resit wang cagaran
3.      Bil elektrik / air
Maklumat-maklumat tambahan akan diminta daripada pemohon semasa hadir di Pejabat ini jika perlu.

Thursday, 14 March 2013

" WELCOME TO MALAYSIA "



BIOMETRIC PROCEDURE


  • Please make sure your passport has been endorsed by the Immigration Officer before leaving the counter.
  • Make sure your passport has sufficient validity period of 6 months prior to the expiry date of your passport.
  • Please check with embassy of Malaysia for information about visas before traveling to Malaysia. 

Wednesday, 13 March 2013

SALURKAN ADUAN ANDA MENGENAI PERKARA KEIMIGRESENAN.


Bahagian Unit Penguatkuasa Cawangan Batu Pahat .


        Bahagian Unit Penguatkuasa Batu Pahat,menjalankan tugas-tugas bagi membanteras imigran haram dan sebarang pelanggaran syarat-syarat dan peraturan-peraturan imigresen di Daerah Batu Pahat dan Daerah Kluang.Oleh itu,dengan bantuan dan maklumat dari pihak awam amat di perlukan bagi membantu memudahkan pihak kami mengesan dan melakukan tindakan penguatkuasaan imigresen dengan lebih berkesan.
  
       Sehubungan itu,pihak kami telah mewujudkan pelbagai cara bagi memudahkan orang awam untuk menyalurkan aduan dan maklumat kepada pihak kami.Antaranya adalah seperti:
  1. Melalui E-Mail Rasmi Unit Penguatkuasa Batu Pahat di upkbp@yahoo.com sila sertakan Nama anda,No.Tel anda,Alamat Orang yang di Adu,Lokasi tempat yang di adu(contoh:alamat tempat OKA bekerja atau tempat tinggal) dan keterangan ringkas mengenai orang yang di adu (OKA).Sebarang aduan dan maklumat anda adalah sulit dan akan dirahsiakan. 
  2. Melalui telefon di talian 07-4341004.
  3. Hadir sendiri ke Pejabat Kami di Bahagian Unit Penguatkuasa,Aras Bawah,Bangunan Gunasama Persekutuan,Jalan Bakau Condong,83000,Batu Pahat.  
Pihak kami mengalu-alukan dan menghargai setiap kerjasama yang anda berikan kepada kami.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"TEAMWORK SUCCESS" 



PENGENALAN PEJABAT CAWANGAN BATU PAHAT


Pejabat Imigresen Cawangan Batu Pahat bertempat di Bangunan Gunasama Persekutuan,Aras Bawah,Jalan Bakau Condong,83000 Batu Pahat,Johor.Antara tugas-tugas Pejabat imigresen cawangan batu pahat adalah  seperti:

1.BAHAGIAN PASPORT DAN DOKUMEN PERJALANAN.
  •  Mengeluarkan Pasport Antarabangsa dan Pasport Berkumpulan.

2.BAHAGIAN VISA,PAS DAN PERMIT.
  •  Mengeluarkan Visa,Pas Dan Permit Masuk kepada isteri/balu dan suami kepada             warganegara Malaysia.
  •  Bahagian Visa, Pas dan Permit Masuk di Batu Pahat hanya menerima:
           i) Permohonan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PMT 16/2009)
              /(PMT 1/1990)
          ii) Permohonan Permit Masuk
         iii) Kebenaran Bekerja (PIM 31/2008)
3.BAHAGIAN UNIT PENGUATKUASA.

  •  Bahagian Unit Penguatkuasa melakukan tugas-tugas menerima Aduan Awam serta melakukan tugas- tugas Penguatkuasaan. 
  • Mencegah warga asing yang tidak diingini atau orang-orang yang gagal untuk mematuhi undang-undang imigresen daripada memasuki negara
  • Menguatkuasa Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan 1963 dengan cara yang adil dan berkesan.
4.BAHAGIAN PELABUHAN BARTER TRADE.

  • Pelabuhan Barter Trade terletak di Aras 2,Bangunan Jabatan laut di Jalan Rahmat,83000,Batu Pahat Johor.
  • Melakukan urusan berkaitan hal Pintu masuk Pelabuhan dan Kapal-kapal Dagang.
5.BAHAGIAN PINTU MASUK LAUT,TERMINAL FERI MINYAK BEKU.

  • Terletak di Terminal Feri Minyak Beku,Jalan Minyak Beku,Batu Pahat.
  • Melakukan tugas-tugas pemeriksaan dokumen keluar dan masuk Perjalanan Penumpang-Penumpang Feri Dari Selat Panjang Indonesia. 
Pejabat Imigresen Batu Pahat Bahagian Pasport,visa pas dan permit dan unit penguatkuasa di Bangunan Gunasama,Beroperasi pada waktu pejabat iaitu:

  • 8.00 pagi - 5.00 petang.
  • Isnin Hingga Rabu
  • 8.00 pagi - 3.30 petang
  • Khamis
  • Jumaat dan Sabtu cuti . 
untuk sebarang pertanyaan sila hubungi di talian: 07-4341004.
atau layari portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia www.imi.gov.my